Search This Blog

Friday, October 30, 2009

Bergambar dengan personaliti tv


Aku bersama pengkritik Politik Malaysia,Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah..Beliau merupakan anak murid bapaku cikgu Ismail Yasok.
Tak kisah sangatlah dia ni bapa sepupu aku jah,,,,,

Puteri kami sekeluarga.......

Cahaya mata pertama kami Izzatul Awni....
Yang BESTnya dilahir pada hari raya.......

Friday, June 12, 2009

Buat mu.......

Tatkalala aku keseorangan,
Hati ku selalu menangis ,
Sayangnya apa yangku inginkan.
Tidak mampu aku genggamkan.
Apatah lagi luahan ku ini tidak mampuku sampaikan.

Kasih sayang yangku inginkan tidak berbisa membara.
Tahukah apa yang didalam hatiku ini.
Hanya sebuah cinta yang indah yang inginku paparkan.
Ianya Ibarat madu di sebuah bibir yang manis yang sedia menunggu retak.
Walaupun sekelip mata saja luahan ku ini
Ingin juga ku luahkan.
Ingin juga ku sampaikan
.
Aku masih berharap rayuan ini masih dapat kucitakan.
Bersama haruman mekar mawar cinta buatmu
Janganlah kau biarkan mawarku terus layu
Jangan sesekali kau tempiskan kalungan manis ini buat mu
Aku tidak mengharapkan cinta ini terus pudar
Disebalik fatamorgana yang kian resah
.

Aku mengerti apa itu sebuah cinta
Tapi apanya guna aku ucap salam perpisahan buat mu.
Apabila belum tiba detiknya lagi.
Dalam diriku,
Seringkali ku bayangkan
Mampukah aku mimpikan satu mimpi yang indah.
Tibanya saat kehadiranmu .

Detik yang aku kecap bersama mu.
Akanku jadikannya pengalaman yang paling indah buatku .
Biarpun hakikatnya sebuah mimpi yang indah .
Batasnya hanya mewarnai khayalan ku.
Bayangannya terus menghantui diriku selama ini.
Aku sanggup menanggung seribu tahun penantianku ini.
Walaupun beribu lautan jauhnya terus membawa diri.
Tapi yang pasti aku ingin tuturkan.
Kembalilah bersamaku .
Wahai kekasihku untuk selamanya.

Monday, June 1, 2009

Kebejatan idealisme

Semanjak ketibaan era global pelbagai perubahan dari segi arus pemikiran sejajar – jajar dengan perkembangan arus pembangunan era globalisasi telah melabuhkan tapaknya dibumi Malaysia. Kepelbagaian perubahan kadang kala menyebabkan sesetengah dari golongan cerdik pandai juga tidak mampu untuk menghadapi perubahan analtikal ini .Ada dikalangan golongan ini telah mula membuat pelbagai andaian serta prespepsi berbeza terhadap teori globalisasi ini .Ada menganggap teori ini menhancurkan umat islam.Bahkan ada juga yang menganggap teori moden merupakan batu loncatan untuk meninggalkan budaya bangsa yang wujud dalam diri seseorang individu.
Saya tertarik dengan segelintir golongan mahasiswa yang belajar di al azhar.Mereka dikatakan golongan agamawan yang mempunyai teras pemikiran yang agak baik dari segi logiknya pada sekilas pandangnya kerana berada dipersinggahan pertembungan budaya iaitu barat dan timur. Andaian tersebut sebenarnya jauh berbeza pada pengamatan saya setelah bergaul dengan golongan ini ,mereka sebenarnya kolot dari segi idealisme serta boleh dikelaskan golongan feudalisme yang tidak dapat menilai baik buruk penerimaan perubahan yang boleh membawa kebaikan. Amat malang sekiranya golongan ini juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan polimek masyarakat yang pelbagai ragam.
Sikap penampilan segelintir azhari terutamanya pemimpin PMRAM yang dijulang-julangkan sehingga dianggap saint oleh setengah setengah pelajar paling menonjol . ,Sebenarnya ibarat tong kosong yang tidak ada nilainya ,kerana perjuangan yang ingin disampaikan,hanya berkisar kepada suasana sekitar Mesir malah kadang –kadang lebih menguntungkan kepada satu pihak sebenarnya tiada gunanya(jikalau Azhari ini berfikir).Apa yang menjadi masalah kepada golongan edictted ini pembawaan watak serta ideology mahasiswa yang kolot diasaskan oleh PMRAM malangnya bayangannya turut terbawa-bawa hingga ke Malaysia.
Semasa saya sertai kursus Bina Insan Guru bagi pengatahuan anda,pada perhatian saya mahasiswa Al Azhar sebenarnya lebih bersikap prejudis terhadap etnik berbeza, tambahan lagi mereka menggunakan agama sebagai pemisah diantara insane tersebut.Lebih teruk lagi kebanyakkan peserta dikalangan siswazah al azhar ini tidak memberi kerja sama sebaik mungkin dengan etnik ini terutama didalam situasi latihan didalam kumpulan kerana mereka menganggap golongan yang dikelasifasikan kafir tidak wajar untuk hidup bersama ,bahkan patut di jauhi.Begitulah gambaran azhari.

Dimanakah syakhsiah mahasiswa yang dianggap agamawan yang dihargai yang diangkat melambung tinggi oleh sesetengah masyarakat. Bagi saya ia adalah satu penilaian yang tidak kena pada tempatnya kerana sikap prejudis terhadap orang lain merupakan ajaran yang terpesong pada landasan yang sewajarnya malah bertentangan dengan keharmonian islam itu sendiri.Sebagai seorang pendakwah mahsiswa al azhar harus menampilkan sikap yang positif ,kerana mereka dianggap sebagai duta didalam mempromosikan islam kepada bangsa lain bukan menimbulkan sentiment perkauman.
Polimek perkauman atau rasis sebenarnya tidak perlu timbul apabila tinggal didalam masyarakat yang berbilang kaum tambahan lagi di Malaysia.Tapi apa yang saya ingin perkatakan kenapa perkara ini perlu diperlakukan, jikalau pelajar Azhar masih menganggap diri mereka bijak ?.
Satu lagi sitiuasi yang menarik saya paparkan iaitu istilah “saya tidak mampu untuk lakukan” dan “saya tak tahu’.Istilah negetif ini merupakan sinonim bagi Azhari yang selalu dituturkan ketika menghadapi cabaran atau menempuh sesuatu perkara yang belum pernah diterokai.Pelik bin ajaib setiap kelemahan yang dilebalkan ,ada-ada saja alasan yang diberikan untuk melepas diri mereka ,ada dikalangan mereka sanggup menggunakan kesucian al quran untuk kepentingan diri mereka sendiri .Sampai bilakah stiuasi ini terus berlanjutan.
Kecenderungan untuk berpolitik merupakan pelengkap bagi setiap mahasiswa.Mahasiwa Al Azhar juga turut ikut serta dengan kegiatan politik.Mahasiswa Azhar sebenarnya ini tidak begitu pandai menilai situasi politik semasa . dilebalkan .Kebanyakkan mereka hanya menyebut dibibir tatkala terlintas di hati tanpa cendurung untuk melihat apa bacaan yang berlaku disebaliknya . Taksiran politik yang sembrono yang tidak tahu hala tujunya. Kita saksikan perbahasan dikalangan mahasiswa iniyang tidak mempunyai asas boleh menganggapkan mereka mahasiswa yang jengkil akal fikiran mereka ,Lebih malang lagi istilah mahsiswa masih belum layak di berikan kepada azhari jikalau masih di tampuk sama..

Hj Irme bin Ismail.
Ba hons Arabic Languages and lictuarity
Al Azhar Mansoara.

Saturday, May 9, 2009

Kisah Zaman 80an-90an

Budak- budak yg lahir pd thn 8/90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:
- kat skola ade salesman jual buku
cerita.
hari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.
- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....
- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.
- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...
- main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak.
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent.
huhu~
ni la baru zaman kita kawan2
pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...
hehehee..

Saturday, May 2, 2009

Kawan bukan lawan

Kawan,
Merupakan satu ucapan
Kawan,
Merupakan satu tuturan ,
Kawan,
Hakikatnya merupakan taulan
Sehingga membuat ku kian tertawan…..
Tapi bagiku kawan merupakan sebuah kepribadian.
Tertawannya individu ini menyebabkan aku ingin berkawan.
Membawa cahaya penuh keceriaan .
Kawan tatkalanya kau hadir memberikan aku sinaran.
Sinaran itu dilakari sehingga menjadi harapan.
Adakalanya kawan itu manis dibibiran.
Pembawaannya melakari sebuah tinta kemusnahan
Setiap harapan terus keciciran.
Kawan,
Bisikan kamu menjadi racun
Sanggup menelan erti persaudaraan
Singgah tiba detik bercakaran
Pasang surutnya penuh kegusaran.
Apabila kawan mula bersindiran
Entah manisan bertukar racun.
Tibanya kegusaran menjadi telikahan.
Eloklah kawan menjadi lawan.
Begitulah hakikat dikatakan lawan.
Ingatlah kawan
Kamu itu bukan lawan

Spesis-spesis orkid












Walaupun ia nampak sama tapi spesis yang saya temuai warnanya lebih gelap malah warnanya seaakan darah






Ini merupakan spesis terbaru yang akan saya kumpul tak berapa lama lagi bulbophllum medusa